Maahad Tahfiz Tarbiah Al Ummah

Dimulakan pada Jul 10, 2023

PEMBANGUNAN SURAU KOMPLEKS PENGAJIAN PONDOK MODEN WARGA EMAS

RM130,794 / 65.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

4573 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mendapatkan dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti pondok warga emas. Jom bersama kami!


“NAK..ABAH DENGAN MAK NAK BELAJAR AGAMA, KAMI SUNYI KAT RUMAH NI..”


Bila mana cucu-cucu sudah besar dan tak mampu melayan dan berbual dengan mereka manakala anak pula sibuk mencari rezeki, golongan warga emas ini terasa kosong menunggu dan duduk di rumah tanpa ada pengisian di hari tua mereka. Nak pergi surau jauh, nak orang ajar tentang agama & Al-Quran pula tiada



DAN ATAS SEBAB ITU…


Pondok Tahfiz Tarbiah Al Ummah ditubuhkan oleh Ustaz Manolito dan isterinya Ustazah Hasna’ untuk menyediakan sebuah pusat pengajian dewasa dengan kemudahan yang selesa dan kondusif di samping menjadikan Tarbiah Al-Ummah sebagai pusat pengajian warga emas yang diiktiraf dan dikenali seluruh Malaysia.


Dengan moto “Penempatan Mencari Redha dan Rahmat Allah SWT”, Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah ingin melaksanakan hasrat pewakaf untuk menjadikan Mauquf tersebut sebagai pusat pengajian Islam dan memberi peluang kepada golongan dewasa dan warga emas untuk menimba ilmu agama dengan lebih mendalam sebagai bekalan di dunia dan akhirat.



TUJUAN DAN MATLAMAT


1. Menyediakan sebuah pusat pengajian dewasa dengan kemudahan yang selesa dan kondusif

2. Melaksanakan hasrat pewakaf untuk menjadikan Mauquf tersebut sebagai pusat pengajian Islam dan memberi peluang kepada golongan dewasa dan warga emas untuk menimba ilmu agama.

3. Menyediakan suasana pembelajaran yang berkonsepkan “Pondok Moden” kepada golongan warga emas

4. Melahirkan golongan warga emas yang mahir dalam ilmu agama seterusnya dapat menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada warga masyarakat yang lain.


BANTUAN DANA PEMBINAAN SURAU SEBAGAI FASA PERTAMA


Pada 2023 , pembangunan fasa pertama pembinaan Kompleks Pendidikan Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah dimulakan dengan kerja-kerja awal kutipan dana dan pembinaan surau utama pondok moden warga emas. Kos pembangunan surau yang menelan jumlah hampir RM600,000 menjadi kekangan terbesar buat proses pembinaan ini.Sebelum ini, Ustaz Manolito sudah menggadaikan tanahnya yang berjumlah RM200,000 untuk menampung kos pembinaan surau tersebut.


Pondok Tahfiz Tarbiah Al Ummah ditubuhkan oleh Ustaz Manolito dan isterinya Ustazah Hasna’ untuk menyediakan sebuah pusat pengajian dewasa dengan kemudahan yang selesa dan kondusif di samping menjadikan Tarbiah Al-Ummah sebagai pusat pengajian warga emas yang diiktiraf dan dikenali seluruh Malaysia.



Namun, semua itu masih belum mampu menampung kos pembinaan penuh surau itu. Ekoran itu, Ustaz Manolito amat memerlukan bantuan ikhlas insan di luar sana untuk sama-sama membantu merealisasikan pembinaan surau buat Kompleks Pendidikan Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah.





Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِينَ بَيْتٌ فِيهِ يَتِيمٌ يُحْسَنُ إِلَيْهِ، وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِينَ بَيْتٌ فِيهِ يَتِيمٌ يُسَاءُ إِلَيْهِ


Maksudnya: “Sebaik-baik rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang dilayan dengan baik. Manakala seburuk-buruk rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang disakiti akan dia (anak yatim tersebut)”.


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung ke talian 019-5723454 (Ustaz Manolito) atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat Lot 5090, Batu 20, Batu Kurau, Perak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

SHAHRUL KAMAR BIN ADAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat