Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Askum saya bernama di atas ingin menginfaq ke rumah anak2 yatim ini dengan ikhlas dan halal dunia&akhirat, mohon doakan saya & suami thomas prieth muaalaf mendapat petunjuk dan rahmat lagi dari allah subhanallah taala dan mohon keluarga & anak2 di murahkn rezeki yang murah dan halal dan dapat memberi sumbangan keatas anak2 yatim ini berterusan amin syukur alhmdullah dan terimakasih.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, kau ampunkan la dosa-dosa Nurul Shakinah bt Khamis ni Ya Allah. Terima lah amal ibadahnye, limpahkan rezeki yg berkat kpdnye, permudahkan urusannye dan kurniakan kesihatan dan kebahagiaan buatnye. makbulkan la doa dan hajatnye utk tunaikan umrah dgn keluarga.
Anda mengaminkan doa ini