Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Ya Rahman ya Rahim...Kau berkatilah hidup kami, jauhi dari mara bahaya, jadikanlah anak soleh solehah. Ya Allah Kau ampuni dosa kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami sama ada yang masih hidup mahu pun yang telah mati. Jadikanlah amalan kami sebagai bekalan penolong kami di akhirat kelak Dan sebagai jalan untuk mendapat rahmat Mu Ya Allah..Tidak lupa solawat Dan salm ke atas nabi Muhammad SAW.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga arwah abah Jamaludin Bin Omar ditempatkn di kalangan org beriman,,semoga saya di permudahkan urusan didunia dan akhirat,,diluaskn pintu rezeki,,semoga mak diberi kesihatan yg baik,,dipanjangkn usia dan berada dalam lindungan Allah SWT...Aminnn....
0 orang mengaminkan doa ini