Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Aku berinfak kerusi roda ini kerana Allah Taala. Ya Allah jemput lah, pilih lah aku, suami aku dan anak2 aku ke baitullah dalam masa terdekat ini. Kurniakan aku rezeki melimpah ruah supaya aku istiqomah bersedekah setiap hari. Aamiin
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Rahman Ya Rahim jadikan aku orang yang bertaqwa, beriman, jadi orang yang baik yang dikasihi olehMu dan dikasihi sesama manusia. Maafkan aku, tutupi aibku tinggikan darjatku berikan kemuliaan kepadaku, berikan petunjuk padaku sihatkan aku, mudahkan urusanku serta akhiri urusanku dengan kebaikan dan tetapkan hati dan imanku hanya pada agamaMu. Ampuni ibubapaku dan sekalian umat MuhammadMu. Aamin
Anda mengaminkan doa ini