Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
YaAllah. Ampunkn dosaku, kedua ibubapaku, adik beradikku serta muslimin&mulimat di seluruh mukabumi ini. Permudahkanlah segala urusanku didunia&diahkirat. Mudahkanlah urusan kami demi menuju ibadah paling besar iaitu berumah tangga. Berkatilah perjalanan kami. Kurniakanlah rezeki seluas langitMu. Rezeki yg mengalir seperti air zamzam di seluruh pelusuk dunia amiinn yaa rabbala’laminn
0 orang mengaminkan doa ini
SITI ZAHARAH BINTI KAMARUDIN
Mohon doakan kesejahteraan hidup saya sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah Swt.. dipermudahkn urusan saya dunia dan akhirat.. Seandainya tak ada nama saya di syurga, carilah saya di neraka dan tariklah saya sekeluarga untuk masuk syurga bersama2 awak..semoga Allah mengampuni dosa2 kita semua..InsyaAllah
0 orang mengaminkan doa ini