Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

RAFIDAH BAKAR

3 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkan urusanku pada hari ini

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SARINA MOHAMED

3 tahun yang lepas

Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah kami rezeki yg melimpah ruah & yg tak disangka-sangka, berikanlah kejayaan dunia akhirat kpd kami dan kejayaan cemerlang anak kami di dalam peperiksaan SPM 2021.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Mujib, kurniakanlah kesihatan buat isteri dan anak-anakku. Ya Allah Ya Mujib, kurniakanlah rezeki yang halal, yg berkat. Ya Allah Ya Mujib, permudahkanlah urusan kami hari ini. Ya Al

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni dosa2 aku & ibubapa ku. Sampaikan phla ini kpd mereka dn org2 yg prnh aku zalimi. Muliakan akhlak ku. kayakan dn jgn kufurkan aku dgn nikmat yg Engkau berikan kpd ku

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMAD SALLEH BIN ABDUL HALIM

3 tahun yang lepas

Ya Allah capaikan segala hajat ku..dan murahkan rezeki ku dan ahli keluarga ku serta ibu bapa ku.. beri ku jodoh yg solehah Ya Allah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: