Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah..Kau temukanlah Aku bersama ahli keluarga Ku terus Di syurga Kau ya Allah terutamanya mak ayah Aku adik beradik Ku serta ahli keluarga terdekat Ku..amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ampunkanlah dosa saya, ibubapa dan keluarga says

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Allahumma imma nas alukaafiaah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan kami rezeki yg luas. Kurniakan kami rezeki yg halal dan baik utk keluarga kami.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa ibubapa ku dan ahli keluarga ku dan orang orang yang aku kasihi. Jauhi kami dari seksa kubur dan seksa neraka. Masukkan kami ke syurgaMu tanpa hisab. Aminn

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALHAQUE

3 tahun yang lepas

TIADA UPAYA DIRI INI MELAINKAN ALLAH,PELIHARA AGAMA KAMI DAN BANGSA MELAYU KAMI YA ALLAH..HANYA KAU SAHAJA TEMPAT KAMI BERGANTUNG YA ALLAH...

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: