Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkan urusan egtukar ku supaya aku dapat balik duduk bsama suami dan anak2 ku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MAZLAN BIN MASTAN

3 tahun yang lepas

Ya Allah mohon rahmat perlindungan Mu dari azab kubur dan siksa api neraka untuk seluruh umat Islam yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD ADEEB BIN OTHMAN

3 tahun yang lepas

Tolong doakan saya dan isteri dikurniakan zuriat dan dimurahkan rezeki

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALMARHUMAH ROSMAH BINTI ISMAIL

3 tahun yang lepas

Ya Allah,Dikau cucurilah rahmatMu ke atas roh ibuku Almarhumah Rosmah bt Ismail.Ya Allah,Dikau hisablah ibuku dgn seringan² penghisaban.Ya Allah,Dikau ampunilah segala dosa ibuku semasa hayatnya.Amiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dimudahkan segala urusan..dilapangkan segala kesulitan..pada seluruh umat Islam.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MD ALI BIN IYAN

3 tahun yang lepas

Ya Allah, di bulan Ramadhan yang mulia ini Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami. Hanya Engkau sahaja Yang Maha Mendengar Lagi Maha Pengampun. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: