Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim Miskin Selangor telah diusahakan oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Ella atau lebih mesra Ibu Ella bertempat di Cheras pada tahun 2010.
Mereka ini terdiri daripada anak-anak yatim piatu, asnaf terabai, mangsa seksual, dan ibu tunggal. Kebanyakan mereka dihantar kesini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kini sejumlah 53 penghuni yang menetap disini.
Hamba Allah
Berkat dari sedekah Jumaat hari ini, permudahkanlah urusan ku, urusan kedua ibubapa ku, urusan suami ku serta urusan anak2 ku dunia & di akhirat. Berikan kesihatan kepada kami sekeluarga, jauhkan kami dari musibah & redhalah ke atas kehidupan kami. Tetapkan hati & iman kami ya Allah.
0 orang mengaminkan doa ini