Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
AIDASARI ABD RAHIM
Doakan supaya seluruh umat Islam di dunia kembali bersatu mencari redha di jalan Allah. Yang masih hidup diampunkan dosa, diterima taubatnya, dipermudahkan segala urusan, diberkati sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Yang telah pulang ke rahmatullah, diterima segala amal kebaikan, tenang dan damai, dipermudahkan segala urusan di alam sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Anda dan 8 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Minta tolong doakan semoga saya mendapat pekerjaan yang diberkati rezekinya dan memberi manfaat kepada orang lain. Seandainya tempat kerja sekarang ini yang terbaik untuk saya, maka tolong doakan saya dipermudahkan urusan disini dan diberkati. Tapi , berhijrah itu lebih baik , maka tolong doakan saya agar dipermudahkan urusan olehNya. Semoga doa yg baik2 berbalik kepada kalian amin.
Anda dan 9 orang mengaminkan doa ini