Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
Hamba Allah
Ya Allah Kau permudahkan urusan anak2 ini dan murahkan rezeki mereka serta menjadi anak yang sileh dan solehah. Ya Allah Kau berkatilah hidup mereka dan hidupku sekeluarga, jauhkan kami semua dari azab seksa api neraka dan bimbinglah kami semua ke arah jalan Mu , jalan yg Kau redhai...aamiin.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Assalamualaikum, moga dengan sumbangan ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Semoga pahala jariah ini menjadi asbab kebaikkan diri saya , anak-anak dan mak serta dihadiakan untuk arwah ayah DN ahli keluarga yg telah meninggal dunia . Dimurahkan rezeki, dikuat kan Iman dalam diri, dilindungi daripada bahaya dan diredhai dunia akhirat.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, berilah taufik, kebajikan, atau kelembutan kepadaku dalam hal kemudahan pada setiap kesulitan, karena sesungguhnya kemudahan pada setiap yang sulit adalah mudah bagiMu, dan aku mohon kemudahan serta perlindungan di dunia dan di akhirat
Anda mengaminkan doa ini