Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
Hamba Allah
YA allah, Ya Rahman, Ya Karim, ampunkan dosa2 kami, dosa kedua ibu bapa kami, rahmati kami, terimalah amalan kami disepanjang Ramadhan ini, panjangkan usia kami hingga Ramadhan pada tahun hadapan, istiqamahkan kami atas amalan kami, permudahkan urusan kami di dunia & akhirat, pelihara kami dri azab api neraka.
Anda mengaminkan doa ini
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Ya Allah Ya Baari' permudahkn segala urusn mereka.Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim Ya Latif alirkn pahala ini keats kedua ibubapaku,suamiku,ank²ku,adik beradikku,seluruh ketrunanku,sahabt²ku,guru²ku,muslimin muslimt,mukminin mukmint.Ya Allah Ya Wahab Ya Fatah Ya Razzaq kurniakn aku kesihatn yg baik,kurniakn aku rezeki seluas langitMu,rezeki yg mbantu aku bdakwah kejlnMu dunia akhirt.amin
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Bismillahirrahmanirrahim Semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik kepada mak. Semoga Allah lindungi mak dunia dan akhirat. Semoga arwah abah Ramli bin Saani ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga rezeki kami sekeluarga dipermudahkan oleh Allah.
Anda mengaminkan doa ini