PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.

Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :

1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.

PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.

...

Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor
nurehsan2007@gmail.com
60172326415

Senarai Kempen

DANA BANTUAN BAIK PULIH RUMAH WARGA EMAS WANITA NUR EHSAN JOHOR

RM12,420
/RM200,000
467
penyumbang
51
baki hari

PKNENJ
NGO
6.21%
BANTU PEMBELIAN RUMAH KEKAL UNTUK WARGA EMAS

RM645,378
/RM700,000
19738
penyumbang
41
baki hari

PKNENJ
NGO
92.20%
DANA PEMBELIAN RUMAH UNTUK PENEMPATAN WARGA EMAS NUR EHSAN

RM522,177
/RM600,000
13999
penyumbang
62
baki hari

PKNENJ
NGO
87.03%

Bersama Aaminkan Doa Penyumbang

  • Hamba Allah

    1 minit yang lepas

    "Tidak seberapa sumbangan ini, namun diiringi doa agar anak-anak sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah, serta dipermudahkan segala urusan kehidupan."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    3 minit yang lepas

    "Ikhlas Dari saya yang seberapa ini. Alhamdulillah."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    3 minit yang lepas

    "Semoga anak-anak saya, menjadi hafiz hafizah yang berjaya dunia akhirat."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    4 minit yang lepas

    "Allahhuma soli ala Muhammad wa ala ali Muhammad"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • HJH ASMAH BT HJ OTHMAN

    7 minit yang lepas

    "semoga Allah permudah segala urusan puat Tahfiz Darul Aitam"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • HAMBAR ALLAH

    8 minit yang lepas

    "doakan saya murah rezeki untuk dapat bantu orang lain juga "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    9 minit yang lepas

    "Ya Allah, doa ku dengan harapan sumbangan kecil ku membantu mereka, menghapuskan harta yang bukan milikku, menghapuskan dosa yang tidak terkira. Ya Allah harapan ku ampunkan lah dosa2 ku, ibu bapa ku,..."

    1 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    9 minit yang lepas

    "Mohon doa kn ibu dan sy sekeluarga sihat dan dilindungi Allah hendaknya"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    10 minit yang lepas

    "Moga Allah sembuhkan segala penyakit saya n kurniakn rezeki yg melimpah ruah buat kita smua ,insyaa Allah aamiin. Ya rabbal alamin"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • ZAINAH BINTI YAHAYA

    10 minit yang lepas

    "Ya Allah permudahkan semua urusan semua yg terlibat dlm menjaga kebajikan org2 tua dan mohon juga Ya Allah Ampunkan dosa dan permudahkan urusan Abah ku Haji Yahaya yg dah terlantar sakit hampir 2 thn..."

    0 orang mengaminkan doa ini