Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.
Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.
Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.
Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.
Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan âGenerasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.
Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:
KOS OPERASI SEKOLAH 2023
2. Gaji pekerja: RM16,800
3. Utiliti: RM5,000.00
4. Rencam: RM3,000.00
5. Program : RM5,000.00
6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)
RM53,760
Hamba Allah
mohon doakan kesejahteraan kebahagiaan kesihatan saya suami anak saya bahagia hingga jannah dan juga utk doa kan ank2 saya di terengganu si rembau juga dan smua ahli keluarga saya.. dan doakan juga murahkan rzki kami dan mudahkan juga urusan kami utk langsaikan segala hutang dunia akhiratdan doakan juga sentiasa dlm lindungan dan rahmat allah
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
HAMBA ALLAH
Ya Allah kami bermohon Semoga kempen ini berjalan dengan lancar dipermudahkn apa jua urusan.Peliharaknlah zuriat keturunan kami dan anak syurga ini ke arah kebaikan,berilah kesihatan untuk urusan beribadah kepadaMu.Berikanlah rezeki kepada kami untuk kami sama2 membantu kepada yang memerlukan seperti kempen ini .Selamatkanlah kami Dunia dan Akhirat.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini