Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurraâ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan.
Hamba Allah
Sumbangan ini diatas nama bapa saya Haji Mohd Ghani Hj Sapuan.Doakan semoga bapa saya sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.Semoga segala kebaikan dan sumbangan bapa saya dapat menjadikan bekalan di akhirat nanti.Amin
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga dipanjangkan umur, memperoleh zuriat soleh solehah yg ramai, bebas hutang, kaya raya dunia akhirat, memperolehi khusnul khatimah, dijauhi azab kubur, azab di padang masyhar, azab api neraka, serta beroleh syurga firdaus tanpa hisab untuk diri sendiri, ibubapa, keluarga, sahabat handai & seluruh muslimin muslimat. Aamiin yra..
0 orang mengaminkan doa ini