Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurraâ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan.
NISAH BINTI AWANG DAN ARWAH ABDULLAH BIN MAJID
Sedekahkan pahala pembinaan Maahad Tahfiz ini untuk ibu&ayah. Semoga Allah ampunkan segala dosa Nisah Binti Awang dan Arwah Abdullah bin Majid. Semoga Allah tempatkan mereka berdua ke dalam syurga Firdaus dan menjauhkan mereka berdua dari segala api neraka dan azab kubur. Ya Allah terangkanlah kubur Arwah Abdullah bin Majid dan jadikanlah kuburnya luas dan bercahaya seperti taman syurgaMu. Aamiin.
0 orang mengaminkan doa ini
SHARIDZUAN SALIM
Ya Allah..kau makbulkan doa2 Sharidzuan Salim di sepanjang hidupnya.. Kau luaskan rezeki kami & berkati hidup kami.. Ampuni dosa kami & sihatkan tubuh kami.. Kau kurniakan anak aku Aqeel Aydil dengan pertuturan & tingkah laku seperti kanak2 normal yang lain.. Amin Ya Rabbal Alamin..
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah Ya Shafi , berikanlah kesembuhan ke atas diriku zahir dan batin, tenangkan hati fikiran jiwa emosi & perasaan ku, hapuskan gambaran lintasan bayangan buruk yg menghantui fikiranku, hilangkan ketakutan & anxiety ku. Y Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku mohon perlindungan mu dari mudarat & musibah, perlindungan mu dari gangguan syaitan & seumpamanya zahir & batin. Aminnnnn
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini