Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurraâ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan.
Hamba Allah
Ya Allah, kurniakan aku anak2 yg soleh, keluarga yg beriman, ampuni dosa2 kami, kedua ibubapa kami dan ahli keluarga kami, jiran2 dan rakan2 kami.Berkati rezeki kami.Masukan kami kedalam Syurga-Mu Ya-Allah, Jauhi dan lindungi kami dari musibah, bala bencana ,fitnah dajjal dan api neraka. Ya Allah, murahkan rezeki penderma dan penerima ini. Mudahkan urusan mereka. Amin
0 orang mengaminkan doa ini