Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM112,234 / 37.41 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000
3435 Penyumbang
61 Baki Hari
“Pusat Jagaan Titian OKU Nur”, yang berlokasi di Rawang ini telah beroperasi sejak tahun 2005 yang telah diasaskan dan dilaksanakan oleh Puan Normah binti Adlan atau lebih dikenali sebagai Puan Normah.
Kebanyakan penghuni warga emas OKU yang kini terdapat hampir 70 penghuni tinggal di sini tidak berwaris, terabai, mangsa gelandangan dan ada juga di antara mereka yang mempunyai waris, namun tidak dituntut oleh sebab masalah-masalah tersendiri malah, mereka ini kebanyakannya juga lumpuh (bedridden) dan berkerusi roda.
Untuk makluman juga, pengoperasian pusat jagaan ini adalah bergantung dengan bantuan dan sumbangan dari orang ramai, namun sudah berbulan dana untuk menampung warga emas OKU yang tinggal di sini saat ini tidak mencukupi disebabkan faktor kenaikan harga barang bekalan yang tinggi.
“Sebab mak ayah OKU ke, buatkan ramai yang geli dan tak sudi untuk kongsikan kasih sayang dengan kami?”
Pedih dan sedih rasa hati kami bila dengar luahan warga emas ni. Meskipun mereka mengalami kekurangan fizikal dan mental tapi jauh di sudut hati, mereka terlalu rindu nak merasai kasih sayang dari orang sekeliling mereka walaupun tiada lagi keluarga di sisi. Namun, warga emas ni tetap tak putus asa meneruskan kehidupan mereka di sini.
Dengan keadaan mereka yang tidak cukup bekalan harian di sini serta dengan kemudahan yang banyak dah rosak dan perlu diperbaiki demi keselesaan buat warga emas OKU di sini, inilah sebab kenapa kami membuka ruang kepada anda di luar sana untuk sama-sama penghuni-penghuni yang memerlukan saat ini.
Dana Bantuan Operasi Untuk Menampung Bekalan Harian Buat Warga Emas OKU
Isu yang amat merunsingkan kami saat ini adalah, bekalan harian buat warga emas di di kedua dua rumah perlindungan (lelaki dan perempuan) ikutkan sudah berbulan tak cukup sehingga kami terpaksa hadkan segala bekalan yang ada.
Malah, bekalan ubat-ubatan mereka, susu kalsium dan protein, yang hanya dibeli sekiranya ada bantuan atau sumbangan yang diterima dari orang ramai oleh kerana kami kekurangan dana untuk tampung banyak perkara buat penghuni di sini. Disebabkan kami ingin warga emas di sini mendapat bekalan dan penjagaan yang cukup, saya (penjaga dan pengasas) terpaksa berhutang dengan pihak lain sikit demi sedikit semata-mata untuk menampung penghuni.
Namun lama-kelamaan, untuk mengekalkan perbelanjaan bulanan sebanyak RM50,000 sebulan tidak dapat lagi ditampung oleh kami di sini. Walaupun kami hadapi masalah dana saat ini, kami tetap tidak abaikan kebajikan warga emas di sini. Pihak jagaan bukan tidak pernah usahakan, namun kami faham dengan masalah ekonomi sekarang yang tidak menentu.
Jom Bantu Pihak Jagaan Warga Emas OKU Berusaha Membela Nasib Warga Emas Yang Memerlukan Di Sini.
Maka, dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan oleh kerana kami mengalami tekanan untuk memikirkan bagaimana kami nak usahakan demi warga emas OKU di sini sebelum ini sekaligus kami juga tidak lagi bimbang dengan isu-isu seperti penyediaan bekalan harian, pembayaran sewaan dan pembelian ubat-ubatan yang diperlukan.
Semoga dengan usaha merealisasikan keselesaan dan kemudahan buat warga emas OKU di sini, kita sama-sama dapat memberikan kebahagiaan dan kesempurnaan buat mereka jalani kehidupan di sini.
Justeru itu, pihak jagaan dengan rendah hati ingin memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM50 seminggu secara berterusan buat warga emas OKU di sini dengan harapan penghuni di sini kuat untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.
In shaa Allah, dengan sekecil RM50 seminggu daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Firman Allah SWT :
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Surah al-Baqarah: 274)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 01, 2024