Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 15, 2023
RM645 / 21.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
34 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad memohon sumbangan infaq bagi menyiapkan projek pembinaan bilik ulangkaji untuk kemudahan pelajar maahad menambah ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama. Ianya supaya kelak lahirnya pelajar tahfiz yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk menyebarkan ilmu Al-Quran dalam masyarakat selepas tamat pengajian. Maahad kami di sini terdiri 70 orang pelajar daripada pelbagai golongan anak-anak asnaf miskin dan anak yatim yang kurang kemampuan.
“Wahai orang yang beriman! Berbelanjalah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya, kecuali memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Al Baqarah: 267)
Oleh itu, pihak maahad sangat mengalu-alukan muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah untuk melakukan pelaburan akhirat dengan kami untuk kita sama-sama membangunkan bilik ulangkaji buat para pelajar tahfiz yang datang daripada golongan asnaf dan anak-anak yatim. Mungkin pada anda, RM10 itu sedikit. Namun, ianya amat besar bagi pihak maahad untuk menjayakan projek pembinaan ruang ulangkaji ini.
Akhir kata, pihak maahad mengajak muslimin dan muslimat berinfaq RM10 bagi membantu anak-anak tahfiz asnaf dan juga anak-anak yatim di maahad ini dapat menambah ilmu dengan kewujudan bilik ulangkaji yang selesa. Bilik ini akan menempatkan bahan-bahan dan buku-buku rujukan yang mencukupi. Semoga Allah memudahkan jalan para penyumbang ke syurga kelak dengan asbab bantu menyediakan fasiliti yang selesa dan kondusif di maahad agar anak-anak soleh ini bersemangat untut menuntut ilmu. Insya-Allah. Jazakallahu khairan Jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SITI SARAH ABU BAKAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 16, 2023
HAMBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 15, 2023