Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 20, 2023
RM192 / 6.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam membuka kempen infaq pendidikan bagi tujuan menaja pendidikan anak-anak tahfiz asnaf yang terdiri daripada kalangan anak-anak yatim dan asnaf miskin supaya golongan ini tidak tercicir daripada menjadi Hafiz Al-Quran bagi golongan yang berminat dengan ilmu Al-Quran supaya mereka juga dapat menimba ilmu agama yang sempurna seperti anak-anak yang lain.
Muhammad SAW dilahirkan dengan keadaan yatim piatu. Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, Baginda telah dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 Rabi’ulawal. Baginda telah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat ketika Baginda baru 2 bulan dalam kandungan ibunya, sesudah itu datuk pula meninggal. Peristiwa ini menyebabkan Rasulullah SAW hidup semasa kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dari ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajarnya dari bapa. Beginilah arus hikmah Ilahi yang mahukan Rasulullah SAW hidup dalam keadaan yatim piatu.
Dari kisah Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan dalam keadaan yatim, pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat agar sama-sama kita membantu dengan berinfaq menaja pengajian anak-anak ini supaya mereka mendapat ilmu agama yang dipelajari supaya anak-anak ini tidak keciciran kerana tidak mampu. Mari bantu bangunkan masa depan pelajar tahfiz yatim dan asnaf yang tidak mampu ini dengan mengubah kesedihan mereka menjadi menjadi senyuman ceria dengan menyalurkan sumbangan serendah RM10 untuk membantu mereka belajar dan berdamping dengan Al-Quran setiap hari.
Ini merupakan peluang yang terbaik buat muslimin dan muslimat untuk bersama pihak maahad membantu Pendidikan pelajar tahfiz yang kurang berkemampuan di sini. Bayangkan betapa besarnya pahala bacaan ayat Al-Quran yang akan sentiasa mengalir terus kepada para penyumbang setiap kali anak-anak yatim ini menghafal Al-Quran. Semoga para dermawan sentiasa mendapat limpahan rahmat dan keberkatan hidup dunia dan akhirat atas sumbangan infaq yang diberikan buat anak-anak tahfiz asnaf dan juga yatim di maahad kami. Misi maahad tahfiz kami di sini melahirkan lebih ramai lagi golongan huffaz yang beramal dengan tuntutan Al-Quran sehingga ke hari akhirat kelak.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 25, 2023