Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 12, 2023
RM279 / 9.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dari Anas: Sesungguhnya Sa’id Ubadah datang kepada Nabi SAW, lalu ia berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal, tetapi beliau tidak memberikan wasiat. Apakah bermanfaat bagi dirinya kalau aku mengeluarkan sedekah atas namanya? Nabi bersabda : “ Ya. Dan hendaklah engkau memberikan sedekah dengan air.”
(HR Thabrani)
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati mengajak seluruh muslimin dan muslimat untuk turut serta menjayakan kempen sedekah air minuman ini. Sedekah air minuman ini adalah usaha mulia untuk membantu memenuhi keperluan harian anak-anak tahfiz yang gigih menuntut ilmu di sini.
Keadaan cuaca yang panas terik dan berjerebu di utara dan juga Malaysia ketika ini memerlukan para pelajar mendapatkan bekalan air minuman bersih yang mencukupi untuk memastikan keadaan pelajar kekal hidrat dan mengelakkan daripada terkena strok haba dan penyakit berkaitan salur pernafasan. Kami berhasrat sumbangan kecil para penyumbang dapat merealisasikan hajat dan hasrat pihak maahad bagi menyediakan air minuman untuk minuman seharian para pelajar maahad tahfiz.
Jelas bahawa Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Ketahuilah bahawa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah SWT, sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Memberi, Allah mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia dan membenci perbuatan yang buruk."
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Akhir kata, mari bersama-sama berikan sokongan kepada mereka dalam usaha mereka mempelajari dan mengamalkan Al-Quran dengan sepenuh hati. Sumbangan para penyumbang menghadirkan air minuman ini sangat dihargai dan akan menjadi bekal penting bagi mereka untuk terus berkembang dalam pendidikan agama. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang lakukan bagi melahirkan generasi huffaz cemerlang yang akan membawa cahaya Islam kepada masyarakat. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2023
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2023
AKSARA DEWI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2023