Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 24, 2023
RM535 / 2.82 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM19,000
27 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air merupakan anugerah dan nikmat daripada Allah SWT yang amat penting kepada semua kehidupan. Adanya kehadiran air bersih membantu manusia meneruskan kelangsungan hidup untuk beribadah mengabdikan kepada Allah SWT. Sehubungan itu, pihak maahad mengajak saudara-saudari prihatin dan cintakan kebaikan agar sama-sama menyumbang bagi menjayakan kerja-kerja pemasangan paip air bersih dari Sumber Air Darul Aman (SADA) di maahad pelajar lelaki kami.
Memandangkan kos pemasangan paip air ini agak tinggi sehingga kini buat sementara waktu pihak kami terpaksa bergantung kepada bekalan air yang terhad daripada kejiranan yang berhampiran dengan cara menyimpan air di dalam beberapa tangki air. Pihak maahad masih menjalankan kempen bagi mengumpul dana yang mencukupi seperti sebut harga di bawah agar kerja pemasangan ini dapat dilaksanakan segera.
Kami memahami betapa pentingnya bekalan air yang mencukupi dalam memastikan kelancaran aktiviti di maahad ini, terutamanya untuk para pelajar yang gigih berusaha menuntut ilmu untuk menjadi huffaz Al-Quran. Projek pemasangan paip air bersih ini adalah keperluan penting bagi kelangsungan aktiviti harian para pelajar kami, termasuk ibadah dan pengajian di maahad. Dengan sokongan dan sumbangan daripada para dermawan, kami berharap dapat menjayakan projek ini dan menyediakan akses air bersih yang mencukupi untuk kegunaan seharian di maahad.
Akhir kata, mulai RM10 ayuh rebut peluang ini untuk saling membantu atas jalan kebaikan. Setiap bantuan dan sumbangan yang diberikan akan menjadi anugerah yang sangat bererti bagi kelancaran ibadah dan pendidikan para pelajar kami. Semoga memberikan kejayaan di dunia dan akhirat kepada semua yang terlibat dalam usaha kebaikan ini. Jazakumullahu khairan jaza
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 24, 2023
SALEHUDIN DAN KELUARGA
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 24, 2023