Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 18, 2023
RM125 / 0.08 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Rabiulawal adalah peluang yang berharga untuk memperkukuhkan ikatan dengan ajaran Islam, merenungkan peranan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan kita dan meningkatkan amalan keagamaan seperti berinfaq atau bersedekah. Ini mengingatkan kita tentang kasih sayang Allah dan tugas kita untuk mengikuti teladan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan.
Infaq adalah amalan yang mendatangkan pahala besar dari Allah SWT. Ia adalah pelaburan akhirat yang membawa keberkatan dan ganjaran yang tidak terhingga. Oleh itu, mari manfaatkan peluang berinfaq untuk hadirkan sebuah van kepada para pelajar kami di bulan Rabiulawal ini. Bulan ini menjadi saksi kelahiran Nabi Muhammad SAW, insan yang diutuskan oleh Allah sebagai rahmat bagi seluruh alam. Kehadiran baginda SAW adalah tanda kasih sayang Allah kepada umat manusia.
Maahad kami pada masa ini menghadapi cabaran yang besar kerana van yang sedia ada sudah uzur dan sering mengalami kerosakan. Ini telah memberi kesan kepada pihak kami untuk membawa para pelajar menghadiri aktiviti keagamaan di luar dengan lancar. Oleh itu, kami sangat berharap dengan adanya van yang baru ini, ianya dapat memberi bantuan yang sangat besar dalam memudahkan pergerakkan mereka ke solat Jumaat dan dapat menjalankan aktiviti keagamaan di luar.
Akhir kata, mari bersama-sama berinfaq dalam menjayakan kempen ini. Setiap sumbangan akan membawa manfaat yang besar kepada pelajar tahfiz kami dan membantu mereka dalam perjuangan mereka untuk menghafal Al-Quran dan mendalami ilmu agama. Semoga Allah SWT menerima infaq kalian dan memberkati segala usaha dalam menjadikan solat Jumaat lebih bermakna bagi para pelajar kami. Jazakumullahu khairan jaza’.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2023