Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 09, 2023
RM95 / 3.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad memohon sumbangan daripada semua muslimin dan muslimat yang berjiwa besar untuk membantu menyokong kerja-kerja pendawaian elektrik bilik pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Bantuan semua pihak amat diperlukan bagi menjadikan maahad ini tempat yang cemerlang untuk pembelajaran Al-Quran yang akan membantu menerangi anak-anak asnaf dan yatim dengan ilmu dan keberkatan.
Ketika ini, pihak kami sedang menghadapi kekangan dana untuk menyiapkan kerja-kerja pendawaian elektrik bilik pengajian yang masih belum mencukupi. Oleh itu, kami memerlukan bantuan dan sumbangan daripada semua untuk membantu menampung kos pendawaian ini agar kerja-kerja ini dapat segera dilaksanakan.
Sehubungan itu, mari menjadi manusia yang beruntung di akhirat kelak dengan melakukan kebaikan sedekah jariyah untuk menyumbang bagi tabung pendawaian ini. Adanya bekalan elektrik ini kelak akan membantu kita memastikan bahawa pelajar-pelajar kami dapat menjalani pengajian dengan selesa, tanpa gangguan, dan terus bersemangat dalam pengajian mereka di maahad.
"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah (sedekah yang terus mengalir), ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh untuknya." (HR. Muslim)
Akhir kata, jangan lepaskan peluang untuk menabung saham jariyah dengan menyalurkan harta yang ada untuk memberi manfaat pendidikan bagi anak-anak yang datang daripada keluarga kurang bernasib baik di maahad kami. Semoga apa yang para dermawan infaqkan akan menjadi bekal untuk dibawa pulang bertemu Allah SWT kelak. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
NAJIHAH ZAINAL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2023