DANA OPERASI RUMAH PERLINDUNGAN NUR HATI

RM100,123 / 100.12 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

3456 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Kebajikan Nur Hati diwujudkan untuk memberi perlindungan terbaik kepada anak-anak yatim, tidak sah taraf dan anak-anak asnaf.


Pertubuhan Kebajikan Nur Hati berusaha memberi segala yang termampu untuk memberi perlindungan yang sempurna dan selesa supaya kasih sayang di antara kami dapat dipupuk dan disemai di rumah yang tidak seberapa ini. Walaupun kami tahu mungkin kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka tidak mampu menutup luka lama mereka, tapi hati kami mencapai makna kebahagiaan melihat mereka tersenyum dan ketawa gembira.


MEREKA PERNAH DITINGGALKAN, DIABAIKAN DAN DIBIARKAN TANPA KASIH SAYANG..


Dalam realiti dan keadaan itukah kita mahu melihat mereka membesar? Atau dalam realiti dan keadaan itu sahajakah yang menjadi nasib mereka sehingga mereka membesar kelak? Allah SWT menciptakan manusia untuk berkasih sayang antara sesama manusia dan atas sebab itu sifat dan nilai kasih sayang itu dicipta, diterbitkan dalam setiap diri manusia.



Atas sebab itu, kami mahu memberikan kembali makna kebahagiaan dan keselesaan dalam hidup mereka tanpa perbezaan dan tanpa memikirkan apa jua tahap kebahagiaan yang diimpikan mereka. Kami akan usahakan sebaik mungkin


NAMUN, LANGIT TIDAK SELALU CERAH..


Pada 2024 pasti akan lebih mencabar buat rumah ini. Kos dana operasi yang semakin meningkat memberi tekanan kepada Pertubuhan Kebajikan Nur Hati untuk menampung 23 anak-anak yatim & asnaf. Kos operasi pada tahun 2024 dianggarkan sebanyak RM20,000 sebulan adalah jumlah yang besar buat kami, malah pada tahun 2024, dianggarkan kos akan meningkat, pasti akan memberi tekanan kepada Rumah Pertubuhan Kebajikan Nur Hati untuk terus beroperasi.




USAHA KAMI DIBANTUTKAN DENGAN KEADAAN KEWANGAN KAMI YANG SEDANG KRITIKAL..


Ekoran itu, Rumah Pertubuhan Kebajikan Nur Hati dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang kepada dana operasi rumah jagaan anak yatim ini. Kami di sini sememangnya tiada pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan sukarelawan.



Oleh sebab itu, usaha membina rumah baru Nur Hati dilakukan. Alhamdulillah, rumah baru Nur Hati sedang giat dibina di tapak tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang baik hati. Rumah yang sedang dibangunkan ini adalah berkat daripada doa-doa dan sumbangan insan mulia di luar sana. Impian ini menjadi mimpi indah kepada setiap anak-anak di sini.



BANTU USAHA KAMI! UNTUK MENAMPUNG KOS OPERASI BUAT KESELESAAN ANAK-ANAK YATIM DI SINI!


Semoga dengan sumbangan anda mampu untuk menampung kos operasi bagi menyediakan dan membina kemudahan pembelajaran dan kemahiran yang lebih selesa buat anak-anak di sini.


“𝐾𝑎𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 (𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎), 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑎𝑗𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑖𝑛𝑦𝑎.”

(Surah Ali Imran, ayat 92)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 07, 2024

Kempen Sumbangan Tamat