Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 06, 2023
RM310 / 10.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sedekah merupakan satu bentuk amalan berkongsi rezeki dengan orang lain. Salah satu amalan istimewa yang digalakkan oleh Allah SWT untuk meraih keuntungan berganda adalah melalui sedekah. Justeru, Islam amat menggalakkan umatnya untuk banyak bersedekah dan membantu orang yang susah dan golongan asnaf. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 267 yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan untukmu."
Dengan penuh rendah hati, pihak maahad ingin memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat bagi membaik pulih kerosakan bumbung surau maahad ini untuk keselesaan anak-anak tahfiz. Sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk memperbaiki bumbung yang rosak dan memastikan tempat perlindungan dan pengajian yang selamat bagi anak-anak tahfiz kami. Setiap sumbangan, walau sekecil apa pun akan memberikan harapan baru kepada kami dan memberi kelegaan dalam mengatasi kesulitan ini.
Keadaan bumbung yang rosak dan dhaif menjadi kebimbangan dan kerisauan di hati para pelajar di sini ketika hujan lebat kerana sering kali berlaku kebocoran. Ia berlaku di dalam kawasan surau yang merupakan tempat para pelajar belajar dan menunaikan ibadah. Bumbung yang rosak dan usang perlu segera ditukar dan dibaik pulih dengan secepat mungkin. Namun, pihak maahad masih kekurangan dana yang mencukupi untuk kos dan kerja-kerja baik pulih tersebut.
Akhir kata, semoga Allah SWT melimpahkan pahala yang berlipat ganda dan dikembalikan rezeki yang berlipat ganda buat muslimin dan muslimat yang berkongsi nikmat untuk menggembirakan hati para pelajar kami di sini. Jazakumullahu khairan jaza’.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 10, 2023
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 09, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Oct 09, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 09, 2023