Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 13, 2023
RM140 / 4.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad dengan rendah hati ingin memohon sumbangan daripada semua pihak yang prihatin untuk membantu menjayakan kempen ini yang bertujuan untuk menukar bumbung asrama yang rosak kepada yang baharu di maahad. Sebagai sebuah tempat pengajian, walaupun dalam serba kekurangan pihak kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan fasiliti di maahad kami agar dapat menyediakan persekitaran tempat pengajian yang selesa dan selamat bagi pelajar kami.
Bumbung asrama yang menempatkan 20 orang pelajar muslimat kami mengalami kerosakan serius menyebabkan kebocoran ketika hujan lebat dan angin kencang. Untuk memastikan keamanan dan keselesaan pelajar kami, kami berhasrat untuk melaksanakan projek pembaikan bumbung ini secepat mungkin. Namun, usaha ini memerlukan sokongan daripada semua pihak yang prihatin. Dengan dana yang terhad, kami tidak mampu untuk melakukan pembaikan yang diperlukan untuk menangani masalah ini dengan segera
Oleh itu, mulai RM10 ayuh hulurkan sumbangan dalam meningkatkan kualiti kehidupan para pelajar perempuan kami di maahad, membantu mereka untuk fokus sepenuhnya pada pembelajaran dan pertumbuhan mereka. Sumbangan yang diberikan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan asrama ini kembali menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk semua penghuninya. Semoga Allah SWT membalas kebaikan para dermawan dengan pahala yang berlipat ganda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
NORHAYATI JAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2023