Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 20, 2023
RM60 / 2.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"Sesungguhnya di syurga terdapat sejumlah bilik yang bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalamnya dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya. Lalu seorang Arab Badwi berdiri lalu bertanya, "Ya Rasulullah untuk siapa bilik itu?" Nabi SAW menjawab, "Untuk orang yang memberi makan." (Riwayat at-Tirmizi)
Dalam keberkatan bulan kelahiran Rasulullah yang penuh kebaikan, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati ingin memohon sumbangan infaq berupa barang kelengkapan dapur kepada pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim di maahad kami. Tujuan kempen ini agar dapat mengisi perut mereka dengan makanan yang baik dan memperkukuhkan semangat mereka dalam mengejar ilmu agama.
Oleh itu, dengan semangat kebersamaan dan kasih sayang di bulan kelahiran Baginda SAW mari berinfaq membantu golongan pendamping Al-Quran di maahad kami. Majoriti pelajar di sini adalah daripada kalangan anak-anak asnaf dan juga anak-anak yatim miskin. Dengan adanya barang keperluan masakan yang mencukupi ianya dapat membantu mengurangkan beban pihak maahad dalam penyediaan makanan harian buat 70 orang para pelajar kami.
Sumbangan ini juga akan dapat membantu dalam menjaga kebajikan pelajar dan memudahkan proses penyediaan makanan harian buat anak-anak pelajar tercinta kami. Hal ini kerana kenaikan harga barangan ketika ini sangat memberi kesan kepada semua pihak tidak terkecuali pihak maahad kami. Dengan adanya bekalan barangan masakan yang mencukupi ini dapat memastikan para pelajar kami bersemangat dalam melaksanakan aktiviti harian dan beribadah.
Akhir kata, ayuh merayakan bulan kelahiran Rasulullah SAW sambil memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, terutama pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim. Walaupun datang daripada keluarga yang susah dan kurang bernasib baik mereka mempunyai tekad dan keazaman ingin mengejar cita-cita mulia menjadi huffaz yang cemerlang dunia akhirat. Semoga Allah SWT memberkati kebaikan para dermawan. Jazakumullahu khairan jaza’.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 22, 2023
AZLAN BIN ABDUL AZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 21, 2023
NOR AZLIN NORDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 21, 2023